Thursday, March 31, 2011

Kedudukan Akhlak Dalam Islam

Husnul Khuluk

Firman Allah swt yang bermaksud :

" Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang luhur "
( Al- Qalam ; 4 )

Anas r.a berkata :

" Adalah Rasulullah SAW adalah sebaik-baik manusia budi pekertinya "
( Bukhari & Muslim )

Sabda Rasulullah SAW :

" Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia "
( Ahmad, Hakim & Baihaqi )

Pernah Rasulullah saw ditanya :

wahai Rasulullah , apakah agama itu ? Baginda menjawab 'Akhlak yang mulia'


Dari nas-nas yang dikemukakan di atas dapatlah kita lihat bahawa akhlak di dalam Islam itu adalah penting. Tujuan risalah Islam itu sendiri adalah untuk menyempurnakan dan menyebarkan akhlak yang mulia, juga definisi Islam itu sendiri dihubungkan dengan akhlak yang baik. Akhlak yang mulia ialah suatu perkara yang mesti dititik beratkan demi mencapai kesempurnaan iman.


Dengan adanya akhlak yang luhur segala tingkah laku manusia akan suci dan sesuai dengan jawatan yang telah dirahmatkan oleh Allah swt. ke atasnya iaitu sebagai "khalifatullah fil ardh". Islam dengan sungguh-sungguh berusaha untuk menjadikan ini satu kenyataan dengan jalaan membentuk unsur-unsur yang kuat dan manusia yang soleh.

Ada dua pedoman pokok yang patut diperhatikan oleh mukmin:

1. Bagi setiap orang, ia mesti berusaha ke arah kemuliaan dan kesuciaan, mengalahkan hawa nafsu dan syahwat syaitaniah, mengenal dan melaksanakan hak dan kewajipan, berpegang teguh kepada sendi-sendi keutamaan, menghindarkan diri dari segala kecurangan dan memasukkan dirinya ke dalam lingkungan yang suci.

2. Bagi mayarakat umum, mestilah suka tolong-menolong , mendahului
kepentingan orang lain, berkorban, melenyapkan diri sendiri, saling kasih-mengasihi, hormat-menghormati, jujur, ikhlas, dapat di percayai, mematuhi janji, lapang dada, baik hati dan tenang jiwa.

Apabila hidupnya kedua-dua pedoman tadi, maka lahirlah satu masyarakat yang kehidupannya serba mengembirakan, penuh kewibawaan dan keagungan, pimpinan yang stabil dan kekuasaan yang tidak mudah tergoncang dan rapuh, jelasnya setiap ahli masyarakat mempunyai perasaan dan peranan yang besar dalam tugas ini.

Akhlak yang baik muncul dari diri seseorang itu menentukan kebahagiaan yang lebih besar dari segi hidup masyarakat.


Taarif Akhlak

Al-khula dalam bahasa arab beerti sifat dan natur. Menurut istilah yang dikemukakan oleh Al-Ghazali ianya bawaan sifat jiwa yang tersembunyi di dalam yang mendorong atau melahirkan perbuatan tanpa disengajakan.

Dapatlah difahami bahawa akhlak itu ialah kumpulan sifat-sifat yang tersembunyi di dalam jiwa dan berdasarkan dorongan atau pertimbangan sifat itu sesuatu perbuatan itu dapat dikatakan baik atau buruk menurut pandangan manusia dan dengan sifat itu dapat melaksanakan atau meninggalkan perbuatannya.

Menurut Al- Ghazali lagi, segala adab sopan gerak anggota badan zahiriah adalah tanda kesopanan batiniah. Segala gerakan anggota badan adalah buah yang terguris di dalam hati yakni segala amal perbuatan dari akhlak. Syed Sabiq menyatakan bahawa jiwa adalah induk dan pusat yang menyebabkan terjadinya ssesuatu kelakuan dan perbuatan. Jadi apabila jiwa itu baik pastilah amalan yang ditimbulkan itu baikdan begitulah sebaliknya. Seperti sabda Rasulullah saw dari Nukman Bin Basir:

" Bahawasanya di dalam tubuh manusia ada segemgam daging apabila ia baik, baiklah pula seluruh badan tetapi apabila ia buruk, buruklah pula seluruh badan, ingatlah itu adalah hati"
( Baihaqi )


Kelemahan Manusia dan Penyakit Jiwa.

Al Quran menghuraikan masalah penyakit-penyakit jiwa dengan tujuan agar manusia dapat mengubati kekurangan-kekurangan yang terdapat di dalam hati.
Firman Allah swt. yang bermaksud :

" Allah berkehendak akan memberikan keringanan padamu semua kerana manusia itu diciptakan dalam keadaan yang lemah sekali."
(An-Nisa': 28)

Manusia tidak pernah tetap dalam satu keadaan, tidak pernah merasa tenang dalam sesuatu suasana. Ianya sentiasa terumbang-ambing adanya perkara baru, bahkan ia gemar sekali berubah-ubah dalam seribu macam corak atu menampakkan diri dalam seribu juta ragam bentuk yang berbeza-beza.

Firman Allah swt. yang bermaksud :

" Di kala manusia itu ditimpa sesuatu bahaya iapun lalu memohon kepada kami, baik waktu tidur , duduk atau pun berdiri. Tetapi di kal kami telah melepaskan kesukaran, ia lalu melakukan apa-apa yang sudah-sudah seolah-olahnya tidak pernah bermohon kepada kami untuk menghilangkan kesukarannya tadi."
(Yunus : 12 )

dan dalam surah Al-Maarij ayat 19-21 Allah swt berfirman yang bermaksud :

" Sesungguhnya manusia itu tercipta serba menyukarkan. Apabila ia tertimpa sesuatu kecelakaan ia mengeluh, tetapi apabila ia menerima kebaikkan ia menjadi kikir."

Kemuliaan Jiwa

Islam memandang kemulian jiwa sebagai akhlak dan perangai yang sebagus-bagusnya. Firman Allah swt ,yang bermaksud;

" Kemuliaan hanya bagi Allah, Rasulnya dan sekelian orang mukmin tetapi kaum munafiqin tidak menyedari"
( Munafiqun :8 )

Kemuliaan jiwa timbulnya sebagai langkah dalam kemahuan hendak merealisasikan terjelmanya keagungan dan kebaikkan. Ini juga sebagai satu-satunya jalan untu mencapai kebaikkan, menghalau kejahatan, mengusahakan keutamaan, melepaskan diri dari hawa nafsu dan mensuci dari segala sifat-sifat yang hina. Dengan adanya kekuatan peribadi yang baik ini keengganan untuk melakukan kecurangan dan sesuatu yang boleh menjejaskan akhlak yang baik akan ternyata.

Telah menjadi tugas mukmin memupuk kemuliaan jiwa dan menguburkan penyakit-penyakit jiwa tadi. Dengan kesuburan akhlak dan kemuliaan akan lahirlah satu masyarakat yang harmonis dan jika berlaku yang sebaliknya akan meneraplah nilai-nilai curang yang akan mengheretnya ke arah kehinaan.


Ciri-ciri Akhlak Dalam Islam

a) Ajaran-ajaran akhlak dalam bentuknya yang umum.
Islam secara umumnya menyeru manusia agar berakhlak baik.


Firman Allah swt, yang bermaksud:

" Katakanlah kepada hambaku supaya mereka menyatakan perkataan baik-baik. Sesungguhnya syaitan itu berbuat bencana antara mereka itu. Sesungguhnya syaitan seteru yang terang bagi manusia."
( Al-Isra' : 53 )

" Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu
bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya."
( Al-Maidah : 2 )

Malah banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh berakhlak baik semuanya berbentuk umum.

b) Kelengkapan berakhlak baik dalam Islam.

Berbagai ciri khas sistem akhlak dalam Islam ialah lengkap dan luas bidangnya. Ianya
meliputi semua aspek perbuatan manusia baik mengenai dirinya, yang mengenai orang lain (baik muslim atau kafir ) dan juga binatang. Tidak ada sesuatu perbuatan manusia yang keluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak dalam Islam dan setiap orang Islam wajib memeliharanya.

c) Norma akhlak harus dilaksanakan dalam cara dan tujuan.

Ciri ini menegaskan kewajipan menerapkan akhlak dalam semua tindakan dan tujuan dari tidak-tanduk itu. Tidak boleh mencapai sesuatu tujuan itu dengan cara yang bertentangan dengan akhlak. Islam menentang prinsip ' al-ghayah tubarirul wasilah' atau tujuan dinyatakan dengan cara. Tegasnya cara-cara yang diterima oleh lingkungan akhlak juga.

d) Hubungan Akhlak dengan keimanan dan taqwa.

Akhlak dalam Islam mempunyai hubungan yang sangat erat dengan keimanan dan
taqwa kepada Allah swt. Firman Allah swt. yang bermaksud :

" Dan sempurnakanlah janji itu sehingga sampai waktunya.sesungguhnya Allah sayang kepada orang yang takut."
( Al-Taubah : 4 )

Di dalam hadis ada diterangkan :

" Orang mukmin yang sempurna imannya ialah ialah yang terbaik budi pekertinya, dan sebaik-baik di antara kamu ialah yang terbaik terhadap isterinya."
( Dari Abu Hurairah & Riwayat At- tarmizi )

Akhlak yang mulia merupakan buah keimanan. Perasaan taqwa dan sentiasa menghitung-hitung hari pertemuan dengan Allah lah yang mendorong seseorang itu berjaga-jaga dalam segala tingkah lakunya. Sifat berjaga-jaga ini membentuk akhlak dan kemuliaan pula.


e) Hukuman bagi menjaga akhlak

Di samping menggalakkan manusia melaksanakan hal-hal yang diperintahkan, Islam
tidak pula melupakan adanya kekuasaan dan penggunaan kekerasan terhadap perlanggaran peraturan dalam berakhlak. Itulah sebabnya diadakan hukuman qisas dan ta'zir.
Hukum qisas dijalankan apabila batasan akhlak telah dilanggar sehingga hudud terpaksa dijalankan. Ini termasuklah zina, membunuh, mencuri dan lain-lain. Semantara itu ta'zir pula dijalankan untuk mengajar dan mengingatkan perlanggaran norma-norma akhlak yang melibatkan diri dalam perkara riba, mengganggu wanita, minum arak buat pertama kali dan kesalahan-kasalahan lain yang perlu diberi amaran dan pengajaran. Biasanya ta'zir dilakukan dengan hukuman sebat atau buang negeri misalnya. Kezaliman yang dilakukan jika tidak diambil tindakan lama-kelamaan akan membawa kehancuran masyarakat itu.


Pembaikan Akhlak

Banyaknya perintah Allah swt menyuruh manusia memperbaiki akhlak bermakna akhlak itu dapat diperbaiki. Semua manusia dapat merubah akhlaknya. Akhlak yang keji dapat diganti dengan akhlak yang baik. Firman Allah swt yang bermaksud :

" Demi jiwa serta penyempurnaanya (ciptaannya) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kebaikan dan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan rugilah orang yang mengotorinya."

Memang tidak dinafikan tabi'I manusia berbeza-beza. Kesanggupan dan kemampuan membaiki akhlak itu berbeza-beza. Ada yang segera menerima dan ada yang lambat. Ada di antara manusia yang ada akhlak yang menonjol pada dirinya dan selalu mempengaruhi perbuatannya. Walaubagaimanapun ini semua menunjukkan bahawa akhlak itu dapat diperbaiki.


Cara Merubah Akhlak.

Menurut Imam Al Ghazali keluhuran akhlak itu berpunca:

kerana kemurahan Allah swt dan kesempurnaan fitrah.
Memperolehi akhlak itu dengan perjuangan dan latihan-latihan diri (mujahadah)

Akhlak yang sempurna hanya akan diperolehi dengan cara berjuang mendapatkanya. semua akhlak tidak dapat meresap ke dalam jiwa seseorang selagi ia tidak membiasakan dirinya dengan segala amalan dan latihan yang baik. Sekiranya nafsu itu boleh dibiasakan merasa enak membuat kebatilan sepatutnya ia boleh diarahkan untuk merasakan enak berbuat kebaikan.

Pendeknya cara pokok bagi merubah akhlak keji ialah dengan cara berusaha mengurangi pengaruh sifat keji tadi dan membersihkan serta menghilangkan sifat-sifat yang keji serta mengarahkan kepada sifat-sifat yang diredhai Islam.


Beberapa Cara Terperinci Bagi Merubah Akhlak

a) Ilmu pengetahuan. Kita perlu mengetahui apakah akhlak-akhlak yang baik yang diredhai Allah swt dan apakah yang dibencinya. Dengan pengetahuan ini kita boleh memilih yang mana baik dan membuang yang buruk.

b) Pentingnya melihat di manakah kedudukan akhlak yang mulia itu dengan dasar-dasar keimanan kerana keimanan dan ketaqwaan dapat memperolehi keredhaan Allah swt.

c) Pentingnya ilmu pengetahuan tadi ditanam dalam diri semoga tidak lupa. Misalnya di kala Sayyidina Umar r.a marah kepada seorang lelaki yang menuduhnya menghukum secara tidak adil, orang yang hadir mengingatkan Sayyidina Umar r.a :

"wahai Amirul Mukminin, Allah swt telah berfirman : "jadikanlah engkau seorang pemaaf dan serulah orang mengerjakan yang maaruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh."
(Al- A'raf : 109 )

Setelah mendengar ayat itu beliau berkata " kamu sekalian benar". Hilanglah marahnya.

d) Membuat perkara yang bertentangan dengan perbuatan yang hendak diubahnya yakni melakukan perkara-perkara yang berlawanan dengan kehendak syaitan.

e) Memperkukuhkan keyakinannya ke dalam jiwa terutamanya keimanan kepada Allah swt., Hari Qiamat dan Risalah Rasulullah saw. Dengan berpandukan ini kita sentiasa ingat akan tujuan hidup ini dan akan terus memperbaiki akhlak kita demi mencari keredhaan Allah swt.

f) Membiasakan diri berbuat baik serta mendorong jiwa untuk menerima, Firman Allah swt yang bermaksud :

"sesungguhnya beroleh keuntunganlah orang-orang yang memperbaiki jiwanya."
( Al-A'la : 14 )

Bersihnya jiwa itu ialah dengan amal soleh. Ini termasuklah mengerjakan ibadat-ibadat dengan kefahaman yang sebenarnya.

g) Bergaul dengan orang-orang yang berakhlak baik dan mendengar nasihat-nasihat dari mereka. Dengan jalan inilah, InshaAllah kita akan sentiasa diingati dan dimuhasabahkan jika berbuat salah dan diperbetulkan ke arah yang mulia.

h) Mengerjakan berbagai-bagai ibadah samada yang sunat ataupun yang fardhu, sebab tujuan ibadah ialah untuk membersihkan jiwa (diri).

i) Mencontohi ahklak-akhlak yang baik

j) Mencari biah yang soleh dan meninggalkan biah yang jahat

k) Bersedia menerima nasihat dari orang yang soleh.


Beberapa Contoh Akhlak Dari Al-Quran.

a) Benar, yakni benar dalam matlamat, tujuan dan cita-cita kita sebagai seorang Islam di Muka bumi ini. Mesti benar dalam percakapan dan dalam perbuatan. Hendaklah jauhkan dari perkara-perkara bathil (rujuk Usul Dakwah- Tanda Keimanan dan Buah Iman Seseorang). Firman Allah yang bermaksud;

"Hai orang yang beriman , bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah kamu beserta orang-orang yang benar."
(At-Taubah : 129 )

"Sesungguhnya Allah tiada menunjuki orang-orang yang berlebihan (melampaui batas) dan pendusta".
( Al-Mukmin : 28 )

b) Sabar. Yakni sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah swt dan sabar dalam meninggalkan yang tak baik kerana takut akan azab Allah dan cinta kepadanya dan juga sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran. Firman Allah swt ,yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu."
(Al-baqarah : 28 )

"Hendaklah engkau sabar kerana sesungguhnya Allah tiada menyiakan pahala orang berbakti (muhsinin)."
( Hud : 15 )

c) Rahmah (kasih sayang). Kita haruslah mempunyai hati yang bersifat rahmah dan belas kasihan kepada manusia. Manusia biasanya menolak Islam kerana kejahilannya. Dengan sifat ini kita tidak akan lekas kecewa dan sebaliknya dengan hati yang keras orang akan benci kepada kita. Firman Allah,yang bermaksud;

"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaum mu sendiri. Berat terasa olehnya penderitaanmu. Sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu amat belas kasihan lagi maha penyayang terhadap orang mukmin."
(At-Taubah : 123 )

d) Tawaddu' . Yakni merendah diri dan menerimakebenaran dan bersedia mengikutnya sekalipun orang-orang jahil menasihatinya. Takabbur atau sombong sangat dibenci oleh Allah dan juga oleh manusia lain. Kemuliaan di sisi Allah diukur dari segi ketaqwaan seseorang itu bukannya pangkat, harta dan lain-lain.

Firman Allah yag bermaksud:

"Rendahkan sayapmu (berhina diri,jangan sombong) kepada orang-orang yang beriman yang mengikutmu."


Sebagaimana kalau kita sakit, kita sedaya upaya mahu cepat sembuh, begitulah dengan akhlak yang keji yang ada hendaklah ianya diumpamakan sebagai penyakit atau kuman yang boleh memudharatkan diri kita yang mana kita hendaklah cepat-cepat membenteraskannya. Akhlak yang mulia diredhai Allah dan juga orang-orang sekeliling kita. Ia bagaikan tarikan besi berani. Orang-orang yang senang dengan kita dan InshaAllah mahu mencontohi kita pula. Yang lebih pentingnya akhlak yang mulia merupakan hasil keimanan kita, keimanan yag suci dan ikhlas adalah laksana sepohon kayu yang sihat akarnya, lebat buahnya serta manis. Ingatlah kita pada pesanan Rasulullah :

"Takutlah kepada Allah di mana sahaja engkau berada dan ikutlah sesuatu kejelekan itu dengan kebaikan, maka kebaikan itu dapat menghapuskan kejelekan tadi, juga pergaulilah seluruh manusia dengan budi pekerti yang bagus".





                
“Apa itu Akhlak Mahmudah
Dan Apa itu Akhlak Madzmumah?”
Oleh : H. Sunaryo A. Y.

Saudaraku sesama muslim.
Alhamdulillah, jumpa lagi kita kali ini dakwah saya (lewat tulisan) seperti judul tersebut diatas semoga dapat menjadi penawar yang menyejukkan dan menjadi sebagai tambahan ilmu bagi sidang pembaca. Dengan demikian nilai-nilai Islam menjadi dapat tersebar luaskan. Insya Allah!

Saudaraku, sebagaimana kita ketahui bahwa Allah SWT mengutus para Rasul antara lain untuk menjadi suri teladan yang baik (uswatun hasanah), yaitu untuk mengajarkan budi pekerti (akhlak) yang luhur. Rasulullah SAW pernah bersabda : “Aku diutus semata-mata untuk menyempurnakan budi pekerti yang luhur.” (HR. Ahmad). Akhlak yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW ini disebut akhlak mahmudah (akhlak yang terpuji) yang tentu saja harus kita teladani, kita harus memiliki akhlak yang mahmudah ini dan menjadikannya sebagai penghias hidup kita.

Saudaraku, sidang pembaca yang budiman, sengaja saya tidak akan membahas secara khusus setentang akhlak mahmudah, tetapi yang akan kita bersama pelajari ini adalah justru lawan dari akhlak mahmudah itu, yakni yang disebut akhlak madzmumah. Tahukah antum (pembaca) apa itu akhlak madzmumah? Akhlak madzmumah adalah akhlak yang dikendalikan oleh Syetan dan kita sama sekali tidak boleh memiliki akhlak yang demikian, karena akhlak madzmumah adalah akhlak yang tercela dan sangat-sangat harus kita jauhi.

Kenapa? Karena ia bisa membuat hati kita membusuk dan sulit disembuhkan. Tubuh kita mungkin saja akan tetap terlihat sehat ketika kita berakhlak madzmumah ini, tetapi hati dan jiwa kita menderita dan tersiksa. Sebab ia bukanlah penyakit fhisik, melainkan penyakit hati! Lalu, seperti apa sih penyakit hati itu ? Seberapa besar bahaya yang dibawanya? Dan bagaimana cara menanggulanginya? Wabah penyakit hati lebih berbahaya dari penyakit apapun.

Saudaraku (sidang pembaca), jangan sampai terjangkit oleh wabah penyakit hati yang sangat ganas ini, Na’udzubillah. Summa na’udzubillah! Untuk itu mari sedikit kita simak apa yang menjadi materi kita ini.

• Bersabda Rasulullah SAW :
“Ketahuilah, didalam tubuh manusia ada segumpal daging. Apabila segumpal daging itu baik, seluruhnya baik dan apabila daging itu buruk, buruklah seluruhnya Ketahuilah olehmu bahwa segumpal daging itu adalah kalbu (hati).” (HR. Bukhari)

Pernah dengar kisah putra Nabi Adam as yang bernama Qabil dan Habil ? Qabil adalah sosok manusia pertama didunia yang terkena penyakit hati (madzmumah). Ketika ia hendak dikawinkan dengan saudara kembar Habil yang tidak cantik, sementara saudara kembarnya sendiri (Qabil) yang cantik yang bernama Iqlima akan dikawinkan dengan Habil, ia merasa iri.

Kemudian Qabil protes kepada ayahnya sehingga akhirnya Nabi Adam as menyuruh kedua anaknya itu untuk berkurban dengan catatan siapa yang kurbannya diterima oleh Allah SWT maka dialah yang berhak mengawini Iqlima. Kemudian ketika ternyata kurban Habil yang diterima, Qabil merasa dengki sehingga ia membunuh adiknya sendiri. Penyakit hati yang diderita oleh Qabil telah menobatkan dirinya menjadi manusia pertama didunia yang melakukan kejahatan yaitu membunuh. Kita tentu tidak ingin menjadi pengikut Qabil bukan? Untuk itu mari kita mulai mempersiapkan diri menghadapi penyakit hati, wabil khusus didalam kita yang saat ini sedang menjalankan ibadah puasa dibulan suci Ramadhan 1427 H ini :

Penyakit hati antara lain disebabkan karena ada perasaan iri :
1. Pengertian Iri :
Iri adalah sikap kurang senang melihat orang lain mendapat kebaikan atau keberuntungan. Sikap ini kemudian menimbulkan prilaku yang tidak baik terhadap orang lain, misalnya sikap tidak senang, sikap tidak ramah terhadap orang yang kepadanya kita iri atau menyebarkan isu-isu yang tidak baik. Jika perasaan ini dibiarkan tumbuh didalam hati, maka akan muncul perselisihan, permusuhan, pertengkaran, bahkan sampai pembunuhan, seperti yang terjadi pada kisah Qobil dan Habil.

2. Sebab-sebab Timbulnya sifat Iri :
Kalau kita cermati dari kisah Qabil dan Habil, kita dapat melihat bahwa sifat iri ini muncul karena :
a. Adanya rasa sombong didalam diri seseorang
b. Kurang percaya diri
c. Kurang mensyukurui nikmat Allah
d. Tidak merasa cukup terhadap sesuatu yang telah dimilikinya.
e. Tidak percaya kepada qadha dan qadar.

3. Akibat (berbahayanya) sifat Iri :
Sifat iri tidak pernah membawa kepada kebaikan, bahkan pasti membawa akibat buruk. Akibat dari sifat iri tersebut antara lain :
a. Merasa kesal dan sedih tanpa ada manfaatnya bahkan bisa dibarengi dosa.
b. Merusak pahala ibadah
c. Membawa pada perbuatan maksiat, sebab orang yang iri tidak bisa lepas dari perbuatan menyinggung, berdusta, memaki, dan mengumpat.
d. Masuk Neraka
e. Mencelakakan orang lain
f. Menyebabkan buta hati
g. Mengikuti ajakan syetan
h. Meresahkan orang lain
i. Menimbulkan perselisihan dan perpecahan
j. Meruntuhkan sendi-sendi persatuan masyarakat
k. Menimbulkan ketidaktentraman dalam diri, keluarga, masyarakat, atau orang lain.

4. Cara menghindari sifat Iri :
Diantara cara-cara menghindari sifat iri sebagai berikut :
a. Menumbuhkan kesadaran didalam diri bahwa kenikmatan itu pemberian Allah SWT, sehingga wajar apabila suatu saat Allah memberi nikmat kepada seseorang dan tidak memberikannya kepada orang lain.
b. Membiasakan diri bersyukur kepada Allah SWT dan merasa cukup terhadap segala sesuatu yang telah diterimanya.
c. Menjalin persaudaraan dengan orang lain, sehingga terhindar dari perasaan benci dan tidak senang apabila orang lain mendapatkan keberuntungan (kesenangan).
d. Membiasakan diri ikut merasa senang apabila orang lain mendapat keuntungan (kesenangan).

Penyakit hati disebabkan karena perasaan dengki.
1. Definisi Dengki.
Dengki artinya merasa tidak senang jika orang lain mendapatkan kenikmatan dan berusaha agar kenikmatan tersebut cepat berakhir dan berpindah kepada dirinya, serta merasa senang kalau orang lain mendapat musibah. Sifat dengki ini berkaitan dengan sifat iri. Hanya saja sifat dengki sudah dalam bentuk perbuatan yang berupa kemarahan, permusuhan, menjelek-jelekkan, menjatuhkan nama baik orang lain. Orang yang terkena sifat ini bersikap serakah, rakus, dan zalim. ia akan menghalalkan segala cara untuk mencapai keinginannya, bahkan tidak segan-segan berbuat aniaya (zalim) terhadap sesamanya yang mendapatkan kenikmatan agar cepat kenikmatan itu berpindah kepada dirinya. Setentang sikap buruk yang namanya dengki ini, simak Hadist tersebut ini :

• Bersabda Nabi SAW :
“Dengki itu memakan kebaikan, sebagaimana api memakan kayu bakar.” (HR. Abu Daud)
• Dan Nabi SAW juga bersabda :
“Menimpa kepadamu suatu penyakit umat-umat sebelum kamu, yaitu benci-membenci dan dengki. Dialah pencukur agama, bukan sekedar pencukur rambut.” (HR. Turmudzi)

Saudaraku, Hadist yang pertama menjelaskan bahwa dengki itu memakan kebaikan seperti api yang memakan kayu bakar. Disini jelas bahwa dengki itu suatu hal yang berlawanan dengan kebaikan, bahkan menjadi musuhnya. Sedangkan Hadist yang kedua menjelaskan bahwa jika suatu masyarakat telah terjangkiti penyakit dengki, maka agama akan hancur, tatanan dan hukum yang ada tidak akan berguna. Oleh karena itu, jika sifat ini tidak dihindari, tatanan kehidupan bermasyarakat akan kacau dan rusak, bahkan agama tidak lagi dijadikan pedoman hidup.

2. Penyakit Dengki
Diatas sudah dijelaskan bahwa penyakit dengki berpangkal dari iri dan marah, sehingga penyebab dari iri juga merupakan penyebab dari penyakit iri, ditambah hal-hal sebagai berikut :
a. Kalah bersaing dalam merebut simpati orang atau dalam usaha.
b. Sifat kikir yang berlebihan
c. Cinta dunia dan sejenisnya.
d. Merasa sakit jika orang lain memiliki kelebihan
e. Tidak beriman kepada qadha dan qadar.

3. Bahaya Penyakit Dengki
Semua penyakit, apapun namanya, pasti mendatangkan bahaya bagi orang yang dihinggapinya. Demikian juga penyakit hati yang dibawa oleh penyakit dengki ini antara lain sebagai berikut :
a. Mendorong untuk berbuat maksiat seperti menggunjing, berbohong, marah, senang jika orang lain mendapat musibah.

• Rasulullah SAW bersabda :
“Manusia akan senantiasa mampu berbuat kebajikan selama tidak saling hasud satu sama lain.” (HR. Thabrani)
b. Mencelakakan orang lain
c. Merugikan diri sendiri dan orang lain
d. Kebutaan hati dalam menerima kebenaran, karena sibuk memikirkan bagaimana cara mencelakakan orang lain.
e. Tidak akan diakui sebagai umat Rasulullah SAW dan tidak akan mendapat syafaatnya pada hari Kiamat nanti.

• Bersabda Rasulullah SAW
“Bukanlah dari golonganku orang yang memiliki kedengkian.” (HR. Thabrani).

f. Masuk Neraka tanpa dihisab terlebih dahulu.
• Nabi SAW Bersabda :
“Ada 6 (enam) kelompok orang yang akan masuk Neraka sebelum dihisab amalnya, disebabkan oleh enam perkara. Yaitu :
1. Penguasa karena ke zalimannya
2. Orang Arab (atau ras lainnya) yang fanatik dengan kesukuannya
3. Para tokoh, karena kesombongannya
4. Para pedagang karena kecurangannya
5. Orang-orang awam karena kebodohannya
6. Para ulama karena hasudnya.” (HR. Dailami)


4. Bagaimana Cara Menghindari Penyakit Dengki ?
Adapun cara yang bisa ditempuh untuk menghindari penyakit dengki, antara lain :
a. Menjauhi semua penyebabnya.
b. Mewaspadai bahayanya.
c. Membiasakan diri untuk memberikan dukungan positif terhadap apa yang dialami saudara kita.
d. Mempererat tali persaudaraan sehingga terjalin kerukunan dan persaudaraan.
e. Selalu berdzikir, sehingga hati merasa dekat dengan Allah SWT.
f. Ilmu dan amal.

• Hasud.
1. Pengertian Hasud
Hasud adalah sikap suka menghasud dan mengadu domba terhadap sesama. Menghasud adalah tindakan yang jahat dan menyesatkan, karena mencemarkan nama baik dan merendahkan derajat seseorang dan juga karena mempublikasikan hal-hal jelek yang sebenarnya harus ditutupi. Saudaraku (sidang pembaca) tahukah antum, bahwa iri, dengki dan hasud itu adalah suatu penyakit. Pada mulanya iri yaitu perasaan tidak suka terhadap kenikmatan yang dimiliki orang lain. Kemudian, jika dibiarkan tumbuh, iri hati akan berubah menjadi kedengkian. Penyakit kedengkian jika dibiarkan terus akan berubah menjadi penyakit yang lebih buruk lagi, yaitu hasud.

2. Akibat Penyakit Hasud
Penyakit hasud adalah penyakit hati sama berbahanya dengan penyakit iri dan dendam. Sehingga dalam bahasa Arab iri, dengki dan hasud mempunyai arti kata yang sama yaitu hasad. Perbuatan iri dapat menghancurkan persatuan dan persaudaraan. Orang yang bertetangga dan bersaudara dapat bertengkar dan berselisih bahkan sampai pecah, bila termakan hasutan. Sehingga putuslah persaudaraan mereka.

• Nabi SAW pernah bersabda :
Jauhilah sifat hasad, karena sesungguhnya hasad itu dapat memakan (menghabiskan) kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” (HR. Abu Daud)

• Dan Bersabda Rasulullah SAW :
“Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Tahukah kalian orang yang muflis (pailit/bangkrut) itu? Para Sahabat menjawab :”Orang yang tidak mempunyai harta sama sekali.” Lalu Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya orang yang paling pailit dari umatku ialah orang yang datang pada hari Kiamat kelak dengan membawa shalat, puasa dan zakat, tetapi ia telah mencaci maki orang lain, menuduh orang ini, memakan harta orang lain, menumpahkan darah orang ini, dan memukul orang ini. Maka orang-orang yang telah dianiaya ini diberi kebaikannya. Apabila amal kebaikannya habis sebelum dilunasi semua dosa-dosanya, maka diambillah kesalahan-kesalahan orang-orang (yang pernah dianiaya) dan ditumpahkan semuanya kepada dia, kemudian dia dilempar kedalam Neraka.” (HR. Muslim)

Dengan demikian, kalau kita rinci akibat penyakit hasud ini kurang lebih sebagai berikut :
a. Merugikan diri sendiri dan orang lain.
b. Menimbulkan perpecahan dan perselisihan.
c. Meruntuhkan sendi-sendi persatuan dan kerukunan dalam masyarakat.
d. Mencelakakan orang lain.
e. Menghilangkan amal perbuatan baik.
f. Masuk Neraka

3. Penyebab Penyakit Hasud.
Penyebab penyakit hasud tidak jauh berbeda dengan penyakit iri dan dendam, ditambah hal-hal sebagai berikut :
a. Permusuhan dan Kemarahan.
b. Sikap tidak rela orang lain lebih baik darinya.
c. Sombong
d. Tamak dan rakus dunia.
e. Lemahnya iman.
f. Mudah diprovokasi orang lain.

4. Bagaimana Cara Menghilangkan Penyakit Hasud?
Untuk menghilangkan penyakit ini, cara yang bisa dilakukan antara lain sebagai berikut :
a. Menumbuhkan kesadaran bahwa permusuhan dan kemarahan akan membawa petaka dan kesengsaraan baik lahir maupun bathin.
b. Saling mengingatkan dalam kebaikan dan kesabaran.
c. Jadilah orang yang mempunyai pendirian tidak mudah di provokasi.
d. Mengamalkan ajaran agama.

Saudaraku sesama muslim, saya sudahi dulu tulisan saya ini, sekali lagi saya berharap semoga dakwah (lewat tulisan) ini dapat menjadi penawar yang menyejukkan dan menjadi sebagai tambahan ilmu bagi sidang pembaca, tentu saja kesemuanya ini tidak terlepas dari sebuah keinginan yaitu nilai-nilai islam menjadi kian dapat tersebar luaskan.
Terima kasih atas segala perhatian. Wabilahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

***
(Bahan-bahan (materi) diambil dan dikutip dari buku “Islam Agamaku” Oleh : Tim Penyusun Fakultas Tarbiyah IAIN Sunan Kalijaga Jogjakarta.)
***

No comments: